berakhirnye paper TAB 1043 tepat jam 12 tgh hari td, maka berakhirlah perjuangan aku bg semester ini d utp; semester pertama, tahun pertama (wah!). semester pertama sebagai mahasiswa (dlm makna sebenar seorang mahasiswa) di utp, bagiku amat mencabar. persekitaran pembelajaran amat berbeza jika dibandingkan dgn tempoh asasi selama setahun. dgn mata2 pelajaran yg lebih mencabar, dirasakan amat sukar untuk mendapat anugerah dekan bg semester ini. (namun di hati, masih menaruh harapan agar tercatat sbg penerima anugerah dekan!)
namun, kehidupan pelajar bukanlah sahaja berkisar tentang pelajaran semata2 memandangkan pelajar juga merupakan manusia yg mempunyai fitrah2 yg harus dipenuhi. pergaulan, adab dan tatsusila, kerohanian, kesihatan, tutur kata, dan tingkah laku merupakan antara aspek yg turut menyempurnakan hidup seorang pelajar selaku manusia biasa.
alhamdulillah, dari segi kesihatan, aku tidak dijangkiti oleh influenza A. demam yg teruk pon, xde rasenye. ade la sikit2. normal la tu.. (tgk la tronoh ni, asyik SUMMER je. ntah bile nk winter). satu azam kusimpan buat masa depan; ingin lebih menjaga kesihatan! bagaimana? itu yg kita x tahu...
seterusnye, beralih ke bahagian isi yg paling aku nk tulis malam ni. pergaulan, perhubungan dan persahabatan. bahagian ni la antara bahagian yg paling teruk sekali dalam kehidupan aku. aish, susah betol! payah nk jaga perhubungan ni sebenarnye (bagi aku la). sepanjang 3 semester berada di utp, bnyak jugak yg aku telah belajar berkenaan hal ini. bnyak jugak memori manis, hilai tawa, gelak riang dan keseronokan yg aku kecapi. namun tidak kurang juga kesedihan, keperitan, kedukaan dan memori yg mengalirkan air mataku yg telah juga kutitip, kusimpan kemas ke dalam kotak memori ku.
benar, pengalaman mendewasakan seseorang. namun, kadang2 terlalu pedih untuk ditelan, disimpan. sebelum jari menari lebih bnyak, ingin aku terlebih dahulu memohon sejuta kemaafan dari insan2 yg pernah kusakiti sepanjang hidup ini (terutamanya sepanjang d utp). anda tahu siapa anda. juga sebilion kemaafan dan keampunan kupinta dari seorang insan yg paling bnyak kusakiti pada semester ini (anda juga tahu siapa anda). mungkin nukilan ini tidak terbaca olehmu, namun, ini sahaja yg terbaik mampu aku lakukan. bibirku beku, kelu saat melihatmu. MAAF saudara! -ikhlas dariku. mungkin benar perbuatanku kali ini melampau. tapi, entah. semoga Allah mengampuni diriku atas ketelanjuran itu. -tidak snggup lagi kumenipu diri sendiri.
kalakian, tidak semuanya mendung semester ini. bnyak perkara menyeronokkan yg berlaku (mood dh berubah). hidup itu indah! bagiku, persahabatan amat penting. dan aku percaya, persahabatan yg utuh mesti dihiasi dgn prinsip memberi dan menerima (to give & take). aku percaya pada itu.
"bermain bola tampar pantai, basketball dan futsal di malam hari, bermain badminton, joging sekeliling utp, berjalan2 di tasik, makan tgh malam di v5, persidangan tergempar, kejutan hari jadi, menikmati cocktail buatan sendiri, membeli belah d mesra (semasa waktu kuliah dan makmal), menonton wayang; budak kelantan, dragon ball, jangan tegur, angels and demons, nite at the museum 2, twilight (lupe dah ape lg), bermain boling, makan kfc, berdebat, berbuka puasa, bersahur, ke genting highland, kempunan big apple di study week, makan big apple dan secret recipe free, ke ipoh dgn avanza, belajar dan mengajar memandu, menonton filem di bilik yg gelap, berkejaran dgn pak gad, study di irc, maple, bersahur dgn sandwich, ..."
semuanya indah belaka!
kawanku pernah berkata, hidup selalu tidak adil! benar sekali lg. tp, hidup sememangnya adil pada waktu dan ketika yg tertentu.
malam ini, malam terakhir aku di utp bg semester ini. esok, aku akan pulang ke kelantan menemukan diriku dgn keluargaku yg sudah hampir 2 bulan tidak ketemu. rindu benar rasanya. seharusnya aku akan merindui internet di utp, kehangatannya, dan kawan2 ku di utp sepanjang keberadaanku di rumah nnti. semoga berjumpa lg semester hadapan; jika umur kurniaan yg Esa masih mengizinkan sedemikian...
kesimpulannya, jutaan terima kasih dan permohonan maaf kepada semua!
Wednesday, May 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
ko rindu aku??
ishk~jangan la...segan i~
hahahah/..
ak xde wat ko marah en??
ak still rase tkot dowh pase mlm tue..
hehehe~
sedih gak la post ni!
windu korang sokmoooo000
volli jejom?
syahmi mmang terbaik..pinjam keta..ehhe
Post a Comment